Pembahagian Geografi Bahasa_Jerman

Bahasa Jerman digunakan sebagai bahasa utama di Jerman, Austria, Liechtenstein, Luxembourg, di dua pertiga negara Switzerland, di South Tirol, di komuniti berbahasa Jerman East Cantons di Belgium, dan di dalam komuniti berbahasa jerman di sempadan Denmark yang dahulunya dikenali sebagai South Jutland Country.

Di Luxembourg dan juga di daerah Alsace di Perancis, populasi natif ini menuturkan bahasa Jerman beberapa dialek dan sesetengah daripada mereka juga menggunakan bahasa Jerman standard, tanpa sebarang dialek terutamanya di Luxembourg, walaupun di Alsace dan Lorraine menggunakan hampir di keseluruhan daerah tersebut bahasa Jerman berdialek.

Beberapa komuniti berbahasa Jerman masih wujud di sesetengah tempat di Romania, Republik Czech, Hungari dan seterusnya Rusia dan Kazakhstan.Walaupun selepas Perang Dunia ke-2, terdapat penghijrahan secara besar-besaran ke Jerman pada tahun 1980an dan 1990an telah menyebabkan populasi komuniti berbahasa Jerman di negara-negara berikut berkurangan. Terdapat juga komuniti berbahasa Jerman di Portugis, Sepanyol, Itali, Moroko, Egypt, Israel, Cyprus, Turki, Greece, United Kingdom, Belanda, Scandinavia, Siberia di Rusia, Hungari, Romania, Bulgaria dan bekas Yugoslavia (Bosnia Herzegovina, Serbia, Kroatia, Slovenia).

Contoh bahasa Jerman di Namibia dalam penggunaan seharian.
Rencana berkaitan bahasa ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.